Thursday, November 24, 2011

Trofi Yuna ditarik balik?






Trofi yuna yang dimenangi dalam AIM18 melalui lagu penakut ( lagu terbaik ) akan ditarik balik?


23/11/2011 (Bharian)


sebabnya, konon2 ada kesilapan dalam perkiraan markah... ada jg yg ckp lagu tu x layak sbb kalah oleh lagu sedetik lebih dalam ketagori lagu pop terbaik. dan sepatutnya lagu yang layak menang ialah antara lagu sedetik lebih (pop), pedoman (nasyid), pelita (rock) dan joget tak senang hati (etnik)


time yuna diumumkan pemenang lagu terbaik time AIM tu, nampak btl dia terkejut.. dia x bersalah dlm hal ni, penganjur yg salah..

kesian yuna.
p/s - apa2 pn tunggu keputusan rasmi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



update..........
24/11/2011 (Bharian&Hmetro)


Yuna ckp mmg trofi dia ditarik balik .. dia ckp kalau mau tau kenapa, tanya pihak penganjur (persatuan industri rakaman malaysia (RIM))..


kata2 yuna di harian metro 24/11/2011


"Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” 

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan."

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” 

(Yuna HM 24/11/2011)


penganjur pula berjanji akan menjelaskan keadaan sebenar dalam sidang akhbar- 


" Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan RIM, Rosmin Hashim ketika dihubungi berkata, penjelasan mengenai perkara itu akan diberikan pada sidang media khas petang ini." (BH 24/11/2011)


p/s- kita tunggu apa pula cerita esok...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Update 25/11/2011 (HMetro)








 “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,”  -Anuar Zain- 




dan trofi bertukar tangan..................




-end-

Tuesday, November 22, 2011

Anugerah-Anugerah-Anugerah

Saya suka tgk anugerah2 di negara kita ni yang memberikan penghargaan kepada pengiat seni.. ada pemenang yang saya suka dan ada yang saya x suka..hehe



Pemenang Anugerah Skrin 2011

Kategori Drama
  1. Drama Terbaik : ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik : Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama : Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik : ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik : ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik : ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
  1. 1. Filem Terbaik : ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem : Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem : Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem : ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik : Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik : Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
  1. Anugerah Yasmin Ahmad : Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene : Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

KEPUTUSAN ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM 18) 2011


Artis Baru Terbaik
: Najwa 
Lagu Pop Terbaik : Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Lagu Nasyid Terbaik : Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU 
Lagu Pop Etnik Terbaik: Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor 
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Got To Go – Najwa – Najwa  
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu : Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan Lagu Rock Terbaik : Pelita – Loque & API 
Video Muzik Terbaik – Pengarah : Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan  
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis : Ku Menunggu – Rossa
Rakaman Album Terbaik - Jururakam : Urusan Aizat Amdan – Aizat
Artis Mobile Terbaik Celcom  : Sitxh Sense
Anugerah Kembara : Yuna
Anugerah Sri Wirama : Puan Beh Suat Peng

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki : Anuar Zain – Sedetik Lebih
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita : Yuna – Penakut
Album Terbaik – Produser : The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
Pemenang Lagu Terbaik AIM 18 : Penakut - Yuna Sedetik Lebih anuar zain, ciptaan Edry Abdul Halim (selepas sidang akhbar 24/11/2011 atas kesilapan penganjur)





PEMENANG KATEGORI UTAMA FFM-24

  • Pengarah Terbaik : Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam (Kongsi)
  • Pelakon Wanita Terbaik : Siti Shahriza (Janin)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Soffi Jikan (KL Gangster)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Elai (Cun!)
  • Filem Terbaik : Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Kostum Terbaik : Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Penyunting Terbaik : Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster)
  • Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jupri/ Rizal Ashreff (KL Gangster)
  • Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali (Libas)
  • Lakon Layar Terbaik : Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharudin/ Kek Ting Lam (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Filem Box-Office FFM24 dengan kutipan RM11.74 Juta (KL Gangster)



    ANUGERAH KHAS JURI
  • Libas (memaparkan elemen seni warisan Nusantara)
  • Janin (filem berbentuk seram mistik terbaik)
  • Pelakon Komedi Terbaik (Allahyarham Zami Ismail)
  • Bintang Wayang 2011 (Sidek Hussein).
  • Anugerah Pencapaian Gemilang (Datuk Michelle Yeoh)
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin)
  • Filem Pilihan Penonton Astro - Kongsi (MIG)



  • Tidak sabar tgk Juara Lagu 2011.. :)

    Tuesday, November 8, 2011

    Drive tu sibu.

    7-8/11/2011 kami  ke Sibu.. plan mau melawat kakak ipar di sana tp memandangkan dia balik kampung utk beraya, jd kami pegi ja sibu tanpa arah tujuan..hehe

    7/11/2011
    bertolak pukul 8.30am, fara sofia duduk di car seat dia di belakang. sepanjang 200+ km dia tido ja.. jalan BTU-SIBU punyala teruk.. byk bonggol2/ lubang2.. lori besar(minyak/balak/sawit) pn byk..ada yang lebih muatan lagi.agak menarik permandangan sepanjang jalan BTU-SIBU

    1) banyak rumah panjang
    2) hutan/ org tanam padi
    3) nampak ada makcik2 pakai kemban ja pegi membeli di kedai/ hantar org pegi naik bas

    sampai sibu dalam kul 11.50am, singgah mcD kejap sblm check in hotel. kami tinggal di RH Hotel, rate rm160+/day pas guna gov punya kad dpt la rm130+ (exclude bfst). bilik ok juga la. fara pn selesa tidur sbb ada sediakan babycoat.. ;)

    ptg kami jalan kaki pegi bangunan sebelah hotel, plan mo pegi parkson tp parkson tutup sbb kena renovate.. so, kami pusing2 ja la shopping complex tu. kalau drive di bandar sibu ni kena hati2 sikit, jalan sini bikin pening, bole sesat kalo 1st time drive. kami pn guna GPS..kalo nda msti pening cari jalan.

    malam tu kami pegi shoping complex baru, star mega mall. baru 2 minggu kena buka.. agak besar juga ni tempat, mcm 2 or 3kali ganda giant kolombong. di sini beli baju dgn puting susu fara ja..ramai juga org shopping sini, parking pn senang. banyak kedai2 jenama jg sini.

    mkn mlm di medan taman harmoni. mkn tomyam ayam+nasi putih+telur mata + nasi ayam penyet + 2 teh c special = rm24. x berapa sedap, tp ok la.. fara time ni memberikan kerjasama yang baik (tido di stroller).


    8/11/2011
    pagi ni bfst mcd.. dalam pukul 11am checkout hotel. lunch di star cafe (di star cineplex) mkn 2 laksa sarawak + teh c special + teh ping = rm11.30

    dalam kul 12.30pm pegi d sibu superbowl. main 3 game bowling, satu game rm4.. di sini kalau mau pinjam kasut kena kasi tinggal selipar tmpt dorg (kalo satu pasang kasut kc tinggal satu selipar, 2 pasang kasut kc tinggal dua2 selipar)  terpaksa ganti2 jaga fara sbb time ni dia bangun. ada lbh kurang 23 line bowling, tp time ni kami ja yg main. line + bola + pin mcm x berapa ok. bola banyak lubang2..

    kul 1.30pm bertolak balik btu. terlepas tengok sinetron putri yang ditukar dgn bella calamidades.. sepanjang perjalanan fara tido ja.

    p/s: mlm ni fara kuat nangis, penat mungkin jalan jauh..

    p/s/s : gambar akan di uplod kemudian..

    Thursday, November 3, 2011

    Borneo & me


    Saya lahir di kota belud, kalau dari pekan ambil masa 5-10minit sampai rumah. kalau waktu kecil2, kami selalu jalan kaki pegi sekolah/hospital utk naik bas pegi pekan. dulu tambang 50sen ja, sekarang rm1 suda..sekarang suda besar, x pernah lg naik bas... 

    di KB ni, kedai paling glamer kalo mau beli brg ---> gui / gmart.. kalo hari2 perayaan tu, belila awl2 kalo tidak bersesak2 la di dlm kedai. 

    kalau dulu, org pegi CC utk berinternet, skg byk suda wifi di sini. brodben pun laju juga, saya pernah pegi pekan time subuh2 semata2 mau hantar assignment..hehe

    pekan kota belud
    kulambai (tempat selalu memancing)

    satu tempat yang saya paling suka pegi ialah RANAU. sbb tempat sejuk2. 1st time saya pegi ranau time tingkatan 1 sbb ikut lawatan sekolah pegi poring.. byk btl tempat2 yg best di ranau ni. di sini ada tempat tgk lembu (mcm d nz) saya suda 4 kali pegi tgk lembu ni..hehe. dan paling best di sini ada gunung kinabalu....2 kali suda saya naik gunung (2001/2004).

    fmy @ ranau
    tempat yang saya baru 2 kali pegi ---> semporna.. walau teda apa2 tp siok juga tgk laut dia yg jernih


    semporna


    papar 
    tampat saya belajar dulu. di sini ada juga laut tapi nda berapa bersih., siok jalan2 ja.

    jes, mar & me di papar


    kudat
    mesti ramai yang suda pegi sini kan?? tip of borneo.. sy suda 4 kali pegi. best tgk laut yang cantik dan bersih..

    tip of borneo/simpang mengayau

     kk, ni tempat kerja sy 3 tahun. siok tinggal di kk ni, semua ada...

    tj aru.. tempat sy selalu joging


     tenom, paling org suka p sini tgk taman pertanian dia.

    tenom @ depan taman pertanian

    bintulu swk, di sini lengkap juga.. tp boring sbb teda Mcd dgn teda tempat main boling. pantai ada tapi x bersih.. ada minyak2..hehe

    area medan

    byk tempat lg yg sy belum pegi di borneo ni.. selagi sihat & ada masa lapang tidak salah kalau kita jalan2 tgk tempat orang kan?..

    Wednesday, November 2, 2011

    Brunei & me

    brunei? rasanya suda 4 kali sy pegi sini.... apa yg best? mcm teda ja..melainkan mahal..hehe
    $1 brunei = -/+Rm 2.40

    di brunei, kereta x dibenarkan tinted.. kami pernah kena tahan oleh jpj brunei dan kena suru buka tinted di sana juga (lesen kena tahan).

    antara tempat yang best :



    mercu dirgahayu


    \
    bot ke kampung air brunei

    shoping kompleks

    masjid

    jualan di pasar malam

    di pasar malam

    rumah org sini besar2..

    macam istana...

    ramai org brunei pergi ke miri/limbang utk membeli belah.. untungkan dorg.. $1 = rm2.40

    Tuesday, November 1, 2011

    Hong kong & Me

    Percutian saya & husband tanpa di rancang ke hong kong (HK) pada 6-9 sept 2011. flight dari Penang terus ke HK. Fara sofia yang baru 2 bulan kena kasi tinggal dgn nenek di penang..

    cari2 ja di internet tempat2 yg menarik.. yg penting booking tempat tinggal dulu, pastikan di tengah2 bandar dan yg penting MURAH..hehe. kami tinggal di wonderful inn (hotel budget ja).

    hari pertama :
    flight dari penang dalam kul 3pm.. ambik masa 4 jam ke HK. pas tu naik bas 1 jam baru sampai hotel (stesen tsim sha tsui). jd mlm suda, di HK hampir sama ja mcm d sabah, kul 7pm tu gelap suda, masa pun tiada beza.. 
    so, mlm ni jalan2 ja area bandar kowloon / nathan road.



    malam2 di HK

     hari ke2:
    misi hari ke2 ini ialah mau ke disneyland (kalau mau pegi, pegila weekday..kalau weekend sangat ramai org). sebelum tu, mau cari tempat makan.. kebanyakan tempat makan HALAL disini org india punya. mknan agak sedap & agak mahal sbb walaupn restoren biasa2 ada juga 10% servis charge!

     kena booking awl2 kalo x, FULL ja..

    Dpn HK disneyland. 

    Hari ke3:
    hari ni mau pegi Ocean Park! sblm pegi sana, sempat pegi Avenue of stars.. Mlm tu kami pegi pasar malam..


     Avenue of stars

    bruce lee 

    ocean park

                                                                 ocean park juga
     pasar malam



    Hari ke 4: 
    plan mau pegi jalan2 lagi tp saya diserang migraine yg teruk! so rehat2 ja sblm checkout hotel.. flight malam kul 7, awl lg kmi suda sampai airport, buang masa dgn tgk private theater...

    bilik private theater (mcm kbox ja bilik ni)



     best jg pegi HK ni. harap2 thn dpn husband bawa jalan2 lg.. mau pegi tempat yg ada salji... hehe


    Kemalangan Keretapi di Kota Kinabalu




    kemalangan di hadapan lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu sabah. 31 okt 2011, 5.30pm. kemalangan ini melibatkan keretaapi yang membawa 200 penumpang yang kebanyakannya penjawat awam dan sebuah lori tangki minyak shell yang penuh dengan 27 000 liter minyak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun khabar angin di FB menyatakan ada yang terbunuh. Pemandu lori kini ditahan reman sehingga 4 nov 2011 untuk siasatan. jika sabit kesalahan, boleh dipenjara 6 bulan atau denda rm1000.


    kalau kita tgk keadaan landasan keretapi di kota kinabalu, mmg sangat tidak selamat, orang awam bebas melintas dan tiada halangan di bina..


    video ada di sini : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LiC-a_PhY4I#t=8s



                                                                      kemalangan baru berlaku




    setelah api dipadamkan


    keesokan hari




    70 LINTASAN HARAM



    KOTA KINABALU: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengesan lebih 70 lintasan haram dibina penduduk di sepanjang landasan kereta api bermula dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru hingga ke Beaufort.
    Salah satu lintasan haram itu termasuk yang digunakan lori tangki minyak untuk ke stesen minyak berhampiran, sebelum dirempuh kereta api dinaiki lebih 200 penumpang di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, petang kelmarin.

    Pengurus Besar JKNS, Mohd Zain Mohd Said berkata, lintasan itu dipercayai dibina pemaju perumahan dan penduduk kampung yang enggan menggunakan laluan alternatif disediakan dengan memberi pelbagai alasan.
    “Lintasan dibina mereka sangat berbahaya kerana ketiadaan pondok pengawal bagi menghalang kenderaan melintasi landasan setiap kali kereta api melalui kawasan itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh kereta api.

    “JKNS tidak mampu meletakkan kakitangan bagi menghalang pemandu kenderaan atau pejalan kaki melintasi semua lintasan haram kerana lintasan itu seolah-olah sudah sebati sebagai laluan utama penduduk taman perumahan dan kampung,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tempt kejadian, semalam.

    “Mereka melintas atas risiko sendiri dan JKNS tidak bertanggungjawab jika mereka dirempuh kereta api.
    “Hanya lintasan sah saja mempunyai palang dan dikawal kakitangan bertugas,” katanya.

    Mohd Zain berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup semua laluan haram bagi mengelak kejadian sama berulang.


    Tarikh : 2/11/2011



     harap2 tiada lagi kemalangan seperti ini berlaku.

    hi blogger!

    hi, iam Florine..





    like on9++. FB, affiliate, and now Blog!
    currently working as full time house wife (since may 2011 until jan 2012). iam from sabah, live in bintulu swk with my husband and cute 4mth old daughter (fara sofia binti mohd rafi)....

    Fara Sofia 


    if you have any interesting story or any interesting internet business, just share in my blog, or feel free to add me on 


    nice to see you all... 


    thanks,
    Florine