Tuesday, November 1, 2011

Kemalangan Keretapi di Kota Kinabalu




kemalangan di hadapan lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu sabah. 31 okt 2011, 5.30pm. kemalangan ini melibatkan keretaapi yang membawa 200 penumpang yang kebanyakannya penjawat awam dan sebuah lori tangki minyak shell yang penuh dengan 27 000 liter minyak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun khabar angin di FB menyatakan ada yang terbunuh. Pemandu lori kini ditahan reman sehingga 4 nov 2011 untuk siasatan. jika sabit kesalahan, boleh dipenjara 6 bulan atau denda rm1000.


kalau kita tgk keadaan landasan keretapi di kota kinabalu, mmg sangat tidak selamat, orang awam bebas melintas dan tiada halangan di bina..


video ada di sini : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LiC-a_PhY4I#t=8s



                                                                  kemalangan baru berlaku




setelah api dipadamkan


keesokan hari




70 LINTASAN HARAM



KOTA KINABALU: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengesan lebih 70 lintasan haram dibina penduduk di sepanjang landasan kereta api bermula dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru hingga ke Beaufort.
Salah satu lintasan haram itu termasuk yang digunakan lori tangki minyak untuk ke stesen minyak berhampiran, sebelum dirempuh kereta api dinaiki lebih 200 penumpang di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, petang kelmarin.

Pengurus Besar JKNS, Mohd Zain Mohd Said berkata, lintasan itu dipercayai dibina pemaju perumahan dan penduduk kampung yang enggan menggunakan laluan alternatif disediakan dengan memberi pelbagai alasan.
“Lintasan dibina mereka sangat berbahaya kerana ketiadaan pondok pengawal bagi menghalang kenderaan melintasi landasan setiap kali kereta api melalui kawasan itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh kereta api.

“JKNS tidak mampu meletakkan kakitangan bagi menghalang pemandu kenderaan atau pejalan kaki melintasi semua lintasan haram kerana lintasan itu seolah-olah sudah sebati sebagai laluan utama penduduk taman perumahan dan kampung,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tempt kejadian, semalam.

“Mereka melintas atas risiko sendiri dan JKNS tidak bertanggungjawab jika mereka dirempuh kereta api.
“Hanya lintasan sah saja mempunyai palang dan dikawal kakitangan bertugas,” katanya.

Mohd Zain berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup semua laluan haram bagi mengelak kejadian sama berulang.


Tarikh : 2/11/2011



 harap2 tiada lagi kemalangan seperti ini berlaku.

2 comments: